Loading...
Loading...

Episod 4: Kali ini kita mengulas implikasi pendidikan di sekolah yang tidak membangunkan kepintaran emosi ke atas masa hadapan murid lelaki.
Pekerjaan-pekerjaan yang lazimnya dilakukan dengan kemahiran tangan dan tenaga kerja lelaki di masa hadapan, banyak yang akan digantikan oleh teknologi. Namun, artificial intelligence tidak mampu menggantikan keupayaan tulen manusia dalam kepintaran emosinya. Pekerjaan yang memerlukan kepintaran emosi seperti perkhidmatan kesihatan, penjagaan sosial, kejururawatan, akan terus diperlukan malah akan dibayar tinggi bagi yang mampu melakukannya.
Apabila pendidikan di sekolah tidak memainkan peranan memupuk kepintaran emosi murid, pelajar perempuan menurut Dr Warren Farrell akan masih terus mengembangkan emosi mereka secara semulajadi melalui aktiviti sosial. Tetapi 'heroic intelligence' yang secara tradisinya menjadi 'aset' lelaki, dijangka sukar memposisikan murid lelaki di dalam dunia pekerjaan mereka di masa hadapan tanpa kepintaran emosi.
Menjaga emosi bukan melembikkan murid. Ia adalah mentaliti buli yang bukan sahaja menyalahi sains moden yang menyelidik aspek social-emotional learning sejak sekian lama, malah juga menyalahi pendekatan Nabi Muhammad sallallahu alayhi wa sallam semasa mendidik generasi sahabat.
Lihat sahaja kisah Malik bin al-Huwairith r.a. di dalam Sahih al-Bukhari.
Apabila anak-anak muda itu hilang fokus kerana teringatkan keluarga, mereka tidak diejek atau diperlekeh oleh guru. Baginda mengiktiraf situasi berkenaan dan mengubahsuai aktiviti pembelajaran agar ia dipindahkan daripada sisi baginda, kepada amali di rumah. Dari manakah datangnya tanggapan bahawa emosi perlu ditekan, disorok, diabai, agar dengannya lahir 'lelaki tulen' yang hero?
Ikuti perbincangan mengenai hal ini di dalam sesi kedua mengupas episod keempat buku THE BOY CRISIS oleh Dr Warren Farrell, "The Crisis of Our Sons' Education".
Terima kasih kepada Patreon yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.
Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal
Paypal: https://paypal.hasrizal.com
Revolut: https://revolut.me/hasrizal
No transcript available for this episode.