Skip to content
TrackPodcasts
societyApr 4, 20228:18pending

Cabaran Ramadan dan ADHD Dewasa

Hasrizal

About this episode

Di bulan Ramadan, sahabat-sahabat yang mempunyai ADHD mungkin berdepan dengan cabaran unik berkaitan dengan impairment masing-masing. Saya juga menghadapinya.   Di dalam video ini saya kongsikan beberapa isu yang perlu saya cari jalan bagaimana cabaran itu boleh diatasi.

Antaranya:  

  1. Tingkatkan kesedaran diri kerana mengambil stimulant pada jam yang tidak ideal. Saya mengambilnya sejurus sebelum masuk waktu subuh di Ireland, maka kesannya bertahan hanya sehingga sekitar jam 5 petang. Justeru saya perlu tingkatkan kepekaan diri untuk jam-jam selepas itu semasa menyediakan juadah berbuka puasa, makan bersama keluarga, solat tarawih dan sebagainya.
  2. Menggunakan aplikasi aturan rutin harian yang bersesuaian dengan keperluan diri. Saya menggunakan aplikasi Structured (hanya untuk iOS dan MacOS) untuk offload beban memori kerja saya agar ia visual dan mudah dirujuk.
  3. Menggunakan botol air yang air di dalamnya boleh dilihat dan botol berkenaan bertanda dari segi masa cadangan minum, serta berapa kuantiti air yang telah dan perlu diminum. Saya gunakan botol jenama Hydracy.
  4. Mengatur cara baca surah semasa bertarawih agar tidak keliru bilangan rakaat.

Semoga apa yang dikongsi ini bermanfaat. Kongsikan cara sahabat mengatur strategi untuk kita bualkan bersama, atau barangkali ada nasihat untuk saya yang boleh saya gunakan untuk penambah baikan diri.  Selamat menghidupkan amalan di bulan Ramadan.

Salam ukhuwwah.

Hasrizal Abdul Jamil
Naas, Ireland.

Get every episode summarized

Each time Hasrizal publishes, we email you a written briefing from the transcript — the topics, who appeared, and any specific claims, with the ad reads skipped.

Email me new episodes

Free for 3 shows. No card needed.

Hosts & guests

No transcript yet

This episode has not been transcribed. Request it and it moves to the front of the queue.

Cabaran Ramadan dan ADHD Dewasa

Hasrizal

0:00
8:18

More episodes

More from Hasrizal

View all episodes →