Loading...
Loading...

Ulasan Buku The Boy Crisis - oleh Dr Warren Farrell, PhD
Kemerosotan jumlah pelajar lelaki di kampus kita tidak kelakar dan bukan bahan ketawa. Kita perlu menyoal mengapa ia berlaku, dan apakah akibatnya sekarang dan di masa akan datang?
Sistem pendidikan kita telah menggagalkan potensi murid lelaki kerana rekabentuk dan falsafahnya yang tidak mesra fitrah kanak-kanak lelaki; biologi mereka. Apabila pengalaman awal persekolahan dibelenggu kegilaan desakan menguasai membaca dan menulis seawal pra sekolah, mangsa utamanya adalah kanak-kanak lelaki. Semasa otak mereka belum sepenuhnya tumbuh sesuai untuk belajar mengungkai simbol dalam proses baca, mereka memulakan kembara bersekolah sebagai budak bodoh, sedangkan sistem yang menganiaya lagi menzalimi.
Tingkah laku kanak-kanak lelaki yang banyak berbentuk fizikal dan kasar, dilabel sebagai nakal. Apatah lagi jika ramai guru pra sekolah merupakan guru perempuan muda, belum beranak pinak dan kurang sabar dengan kerenah mereka. Akibatnya kelelakian kanak-kanak itu ditekan. Pengalaman awal bersekolah sudah tidak memotivasi.
Ia disusuli oleh kerangka pendidikan berorientasikan akademik, kurang vokasional dan hands on, waktu kelas jasmani dikurangkan, waktu rehat dikorbankan, semuanya menjadikan peluang kelelakian murid-murid lelaki hilang. Apatah lagi jika jumlah guru lelaki di sekolah turut berkrisis.
Di rumah pula, apabila perceraian meningkat, semakin ramai kanak-kanak dibesarkan oleh satu orang tua, biasanya ibu. Ketiadaan watak bapa, menjejaskan tumbesaran sense of purpose dalam diri kanak-kanak lelaki.
Ia juga turut diambil maklum sebagai latar belakang yang sering ditemui di kalangan anak muda yang terbabit dengan kegiatan keganasan. Kemarau 'tujuan hidup' kerana kemarau kebapaan, menjadikan mereka mudah terheret ke dakyah pengganas yang memberi mereka sebuah tujuan bermakna, walaupun ia bermaksud menghancurkan diri mereka sendiri.
Semasa kanak-kanak perempuan dan wanita dianiaya, gambarannya agak straightforward. Jelas. Maka solusinya ialah daripada tiada akses, kepada mengadakan akses.
Tetapi krisis kelelakian budak lelaki kompleks. Jika kita malas memerhati untuk memahami dan mencari solusi, mungkin kita akan berterusan menyabitkan fenomena itu kepada stereotaip lelaki bahawa mereka itu yang malas dan tidak serius dengan tanggungjawab dan kehidupan.
Apa yang kita semai itu yang kita tuai. Salah menyemai salahlah hasil menuai. Gagal semai, suburlah lalang dan kemuncup liar sepanjang perjalanan.
No transcript available for this episode.