Loading...
Loading...

Baru-baru ini saya mengisi undangan PPIMI menyampaikan ceramah Israk Mikraj di Malaysia Hall Dublin.
Di dalam ceramah, saya mukadimahkan ia dengan persoalan bagaimana ilmuan silam berdepan cabaran mendokumentasikan riwayat-riwayat mengenai peristiwa besar ini. Ia untuk meningkatkan kesedaran kita semua agar peka dengan asas kita mengimani Islam. Saya bimbang apabila generasi hari ini kurang membaca, atau hanya membaca apa yang masing-masing MAHU dan bukannya apa yang kita PERLU, apatah lagi kita tidak tahu apa yang kita perlu, kita terdedah kepada keraguan-keraguan besar terhadap asas agama sendiri.
Jika kita berada di Mekah dan mendengar sendiri Nabi Muhammad ﷺ menceritakan kisah ini, adakah kita akan membenarkan kisah itu seperti yang Abu Bakr r.a. lakukan, atau kita menjadi kufur meninggalkan baginda? Nauzubillah.
Di era kita belajar ilmu secara patchy seperti hari ini, kita kehilangan struktur ilmu.
Tiba-tiba bertemu soalan sebesar adakah al-Quran yang dibaca hari ini berasaskan teks dan naskhah yang verified secara saintifik seperti yang sejarawan Revisionist timbulkan.
Penatkanlah diri dengan ilmu, agar kita damai mengimani Allah di era fitnah akhir zaman ini.
Di peringkat peribadi, semasa membuat persediaan ceramah, kali ini saya banyak memberi tumpuan membaca riwayat-riwayat di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim tentang MIKRAJ. Perasaan jadi sedikit berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya, sebab menelusi kisah MIKRAJ ini, kemanisan dunia hilang dan timbul rasa rindu yang bersangatan kepada Syurga. Mungkin saki baki umur di dunia sudah tidak banyak. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita dan himpunkan kita di Syurga-nya yang bak dataran tanpa pohon, lalu zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La Ilaha Illallah dan Allahu Akbar kita, menumbuhkan pohon-pohon rendangnya, sebagaimana yang Nabi Ibrahim a.s. minta Nabi Muhammad ﷺ sampaikan kepada kita.
Amin.
📌
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.
No transcript available for this episode.