Loading...
Loading...

Hanya ibu bapa yang mampu menyayangi seorang anak tanpa syarat. Menyayanginya semasa anak itu comel, dan kanak-kanak, patuh dan taat. Menyayanginya semasa anak itu sudah bukan lagi kanak-kanak dan ketika membuat kesilapan dan kesalahan. Ketika dunia menghukum si anak yang memusnahkannya, atau memuji si anak dengan pujian yang menyesatkannya, ibu bapa dengan cinta tanpa syarat itu, boleh terus meneruskan menjadikan rumah, sebagai jalan pulang. Orang yang bercinta suka disuruh. Jika anak-anak meyakini yang ibu bapa sayangkan mereka, ketika itu mereka lebih bersedia untuk mendengar, disuruh, malah didisiplinkan. Namun, amat sukar untuk mengekalkan keeratan emosi antara ibu bapa dan anak-anak terutamanya semasa ibu bapa semakin menghukum, dan anak semakin remaja lagi memberontak. Tidak rugi bersusah payah untuk mendidik anak-anak. Susah dan payah, sebab kita bukan mahu melakukannya mengikut amarah dan cara sendiri, tetapi mahu melakukannya dengan cara yang betul, yang kita belajar daripada para anbiya' dan orang yang baik-baik, daripada Syariatullah, dan Sunnatullah. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.
No transcript available for this episode.