Loading...
Loading...

πππ πππ₯ πππππ‘ππ₯ππ‘ ππππππ πππ¦πππ πππ‘πππ‘ | π¦ππ₯πππ‘π ππ π§ππ ππ£ππ¦π’π - π± (π§ππππππ¨π₯ π¦π¨π₯ππ ππ-π¦π¬π¨π₯π ππ¬ππ§ ππ³) Saya Muslim. Anda yang Muslim juga harus kekal menyemak semua perkara sebelum subscribe atau unsubscribe. Sekularisme pernah muncul dalam bentuk memisahkan sains daripada agama, tetapi ia juga boleh berlaku secara terbalik, iaitu mengambil agama dengan menolak sains. Jika suatu ketika dahulu, orang beragama mengkritik golongan artis dan seni kerana melakukan hal yang menyalahi agama kemudian beralasan nawaitu mereka baik. Mereka menegaskan bahawa, βMatlamat tidak menghalalkan cara,β merujuk kepada kata-kata Machiavelli. Kini, kita menyaksikan pula berleluasanya golongan yang mengamalkan perkara-perkara yang menepati kehendak agama secara zahir, tetapi terpesong nawaitu. Mereka menampilkan keperibadian dan hujah agama yang kelihatan betul pada zahirnya, sedangkan niatnya bermotifkan kezaliman atau memerangkap orang lain. Sekali lagi kita melihat kitaran yang sama. Tiada siapa yang hanya kerana membuat satu pilihan, terjamin daripada muslihat nafsu dan belitan syaitan. Akhirnya, kita perlu menginsafi hakikat diri kita sebagai hamba-Nya yang lemah. Kelemahan ini termasuklah ketidakmampuan menjaga keseimbangan dalam membuat pilihan dan menentukan pendirian, melainkan kita sentiasa bertakwa dan berpegang kepada kebenaran serta al-mizan (imbangan). βAllah itu adalah yang Menurunkan al-Kitab (al-Quran) dengan kebenaran dan keseimbangan. Kamu tidak tahu barangkali Kiamat itu sudah dekat.β (Al-Shura 42:17) Jika tidak, Allah SWT memberi peringatan bahawa barangkali kiamat itu sudah dekat tatkala manusia semakin hilang kawalan dan gagal menjaga keseimbangan dalam membuat keputusan dan menjalani kehidupan. Sentiasanya check and balance sepanjang hayat, setiap saat, hingga ke nafas yang terakhir. Kita semua ingin dan belum tentu mati di dalam husn al-khatimah. Amin. Hasrizal Naas, Ireland
#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizaljamil #HasrizalAbdulJamil #hasrizal #pendidikanjalanislah
No transcript available for this episode.