Loading...
Loading...

๐ฆ๐ฒ๐๐ถ ๐ ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ฐ๐ฎ ๐๐๐ธ๐ ๐ง๐ต๐ฒ ๐๐ผ๐ ๐๐ฟ๐ถ๐๐ถ๐ ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐๐ฟ ๐ช๐ฎ๐ฟ๐ฟ๐ฒ๐ป ๐๐ฎ๐ฟ๐ฟ๐ฒ๐น๐น - ๐๐ต๐ฎ๐ฝ๐๐ฒ๐ฟ ๐ฐ: ๐ง๐ต๐ฒ ๐๐ฟ๐ถ๐๐ถ๐ ๐ผ๐ณ ๐ข๐๐ฟ ๐ฆ๐ผ๐ป๐โ ๐๐ฑ๐๐ฐ๐ฎ๐๐ถ๐ผ๐ป
Kupasan saya mengenai cabaran-cabaran budak lelaki di dalam beberapa siri video sebelum ini bukanlah khayalan peribadi atau pendapat yang tidak berasas.
Ia adalah siri membincangkan kandungan buku The Boy Crisis yang ditulis oleh Dr Warren Farrell.
Jika anda mengikuti perkembangan tulisannya, anda mungkin tahu bahawa Warren Farrell adalah satu-satunya anggota lelaki di dalam New York City Board of the National Organisation for Women. Pembabitan beliau di tahun 1970an itu asalnya adalah untuk menyumbang kepakarannya di dalam psikologi, women's studies, sains politik, gender dan keibubapaan, pada memperbaiki hak asasi kaum wanita.
Di kala itu, beliau terkenal dikecam sebagai lelaki yang anti lelaki.
Dalam aktivisme dan penyelidikannya, Farrell mendapati dunia akademia di USA amat jarang menyertakan perpektif lelaki di dalam penyelidikan berkaitan jantina malah lebih cenderung untuk menggambarkan sisi lelaki secara negatif.
Dekad ini, beliau aktif memainkan peranan untuk memperbaiki keperluan lelaki terutamanya di dalam rumahtangga, keluarga serta keibubapaan dan pendidikan kerana data-data besar hasil penyelidikan berdekad memperlihatkan krisis generasi lelaki yang membarah.
Saya tidak berkecil hati dengan kecaman netizen menganggap wacana yang saya bawa ini sebagai mengarut, ustaz bodoh kerana wacana saya bukan untuk meraih persetujuan dan sokongan sesiapa. Saya berkongsi agar kita sama-sama dapat berfikir mengenai topik yang dibincangkan. Ia adalah usaha kecil saya untuk menyuarakan kebimbangan yang sama dibawa oleh Dr Farrell.
Pada masa yang sama, saya berusaha untuk menyaring dapatan serta analisis beliau dengan pandangan alam Islam kerana kita memerlukannya.
Sesi panjang sebegini mungkin membosankan khalayak. Namun, Insya-Allah di dalamnya ada butir diskusi yang bermanfaat. Jemput bersabar saya, kita telusi bersama topik kali ini. Anda boleh membantu menyokong saya pada mendapatkan bahan bacaan dan penyelidikan berterusan, serta kos langganan aplikasi untuk perkongsian seperti ini dengan melayari capaian berikut:
Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal
Paypal: https://paypal.hasrizal.com
Revolut: https://revolut.me/hasrizal
No transcript available for this episode.