Loading...
Loading...

Bagaimana kita dapat memastikan pengajaran al-Quran dapat diakses dan inklusif untuk semua pelajar, termasuk mereka yang mempunyai keperluan berbeza? Dalam video ini, kita akan meneroka cara menerapkan prinsip Universal Design for Learning (UDL) untuk mencipta pengalaman pembelajaran al-Quran yang lebih mesra dan responsif kepada kepelbagaian pelajar. Terima kasih kepada iLuvQuran atas kesudian menjemput saya menyampaikan tajuk ini. Berdasarkan ajaran Islam yang mengutamakan rahmat dan inklusi, UDL boleh membantu guru mengenal pasti dan mengurangkan halangan pembelajaran, menyediakan pelbagai cara bagi pelajar untuk belajar dan memahami, serta menghargai keunikan setiap individu. Mari sertai perbincangan ini untuk melihat bagaimana pendekatan ini boleh meningkatkan pengajaran dan pembelajaran al-Quran! Saya sedang meneruskan pengajian sarjana dalam bidang pendidikan Diversity and Inclusion di School of Education, Trinity College Dublin dengan pembiayaan sendiri. Sahabat yang ingin bersama, saya alu-alukan sokongan di halaman https://gofundme.rizal.ie. #UDL #Inklusif #PembelajaranAlQuran #PendidikanIslam #iluvquran
No transcript available for this episode.