Loading...
Loading...

🍉 𝗗𝗔𝗡 𝗜𝗥𝗘𝗟𝗔𝗡𝗗: 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗦𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗢𝗛𝗢𝗡𝗚
𝗦𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗱𝘂 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗜𝗿𝗲𝗹𝗮𝗻𝗱
Sokongan rakyat Ireland terhadap 🍉 dapat dilihat dengan jelas melalui demonstrasi yang diadakan secara konsisten, terutama pada hari Sabtu di Dublin dan kawasan lain. Selain itu, parti politik kiri seperti Sinn Féin, People Before Profit, dan Social Democrats terus mendesak kerajaan Ireland agar bertindak selari dengan kehendak rakyat.
𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗜𝗿𝗲𝗹𝗮𝗻𝗱 𝗱𝗮𝗻 𝗗𝗮𝘀𝗮𝗿 𝗟𝘂𝗮𝗿 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮
Walaupun rakyat bersolidariti dengan perjuangan di 🍉, lain pula cerita dengan kerajaannya. Walaupun kerajaan Ireland telah mengeluarkan kenyataan keras mengkritik Israel, tindakan sebenar yang mempunyai impak besar masih belum direalisasikan. Isu utama yang dibincangkan adalah penglibatan Central Bank of Ireland dalam urusan jual beli bon Israel yang digunakan untuk membiayai peperangan. Di samping itu, rang undang-undang Occupied Territories Bill yang bertujuan untuk mengharamkan import dan eksport barangan dari wilayah yang dijajah, khususnya Israel, masih belum diluluskan.
𝗞𝗲𝗿𝗷𝗮𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗔𝗸𝗮𝗱𝗲𝗺𝗶𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝗜𝗺𝗽𝗹𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗞𝗲𝘁𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗮𝗮𝗻
Satu lagi isu penting adalah kerjasama akademik antara universiti di Ireland dan institusi di Israel. Trinity College Dublin baru-baru ini mengambil langkah untuk tidak lagi bekerjasama dengan universiti Israel, satu langkah yang dilihat sebagai kemenangan besar oleh masyarakat akademik di Ireland. Namun, kerjasama serupa yang baru ditandatangani oleh sebuah universiti lain di Ireland menimbulkan kebimbangan dan kemarahan di kalangan rakyat.
𝗞𝗲𝘀𝗶𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻
Sentimen rakyat Ireland terhadap perjuangan 🍉 amat tinggi, tetapi terdapat perbezaan ketara antara sentimen ini dan pendirian kerajaan. Usaha berterusan dari pelbagai pihak amat diperlukan untuk memastikan tindakan konkrit dapat diambil. Walaupun tragedi di 🍉 amat menyedihkan, peningkatan kesedaran global memberi harapan bahawa perubahan positif dapat dicapai.
Jangan mengalah!
#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland🇮🇪🇲🇾
No transcript available for this episode.