Loading...
Loading...

๐ง๐๐ ๐ง๐๐๐จ ๐๐๐ก๐๐ฃ๐ ๐๐๐ ๐๐ฅ๐๐๐ก๐: ๐ฆ๐ง๐ฅ๐๐ง๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ฅ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ฆ๐๐๐ก ๐ฆ๐๐๐ก๐ฆ ๐ฃ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ฅ๐๐ก
Alhamdulillah, baru-baru ini kami sekeluarga bersyukur apabila salah seorang anak kami memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Leaving Certificate. Peperiksaan ini setaraf dengan A-Level atau STPM dan merupakan langkah penting untuk melanjutkan pengajian di peringkat tertiari.
๐ ๐๐ ๐๐๐ก๐ ๐๐๐ก๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ง๐๐๐จ๐๐ก
Saya cuba memahami bagaimana anak kami mencapai keputusan cemerlang, saya kumpulkan beberapa teknik yang digunakan tanpa disedari oleh beliau sendiri. Antara kaedah yang beliau gunakan adalah membina bank pengetahuan menggunakan aplikasi Notion. Setiap kali selepas kelas, beliau mencatatkan apa yang telah dipelajari, topik yang diliputi, dan isu yang timbul. Teknik ini membantu beliau menguruskan pembelajaran dalam jangka masa panjang.
๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐ก ๐ ๐๐ก๐๐๐ ๐๐๐ ๐ก๐ข๐ง๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ง๐จ๐๐๐ฆ๐๐ก ๐ง๐๐ก๐๐๐ก
Selain itu, beliau menggunakan iPad dengan Apple Pencil untuk mencatat nota. Kajian menunjukkan bahawa menulis nota dengan tangan membantu memproses maklumat secara mendalam dan ada makna (meaningful) kerana nota ditulis menggunakan ayat sendiri. Ia membantu memindahkan maklumat dari memori jangka pendek ke memori jangka panjang. Ini kerana penulisan tangan memerlukan pelajar untuk menafsir dan meringkaskan maklumat dengan kata-kata sendiri. Nota yang ditaip berisiko menjadikan kita menaip terus apa yang didengar tanpa melalui proses memaknakannya dalam minda.
๐๐๐ฃ๐๐ก๐ง๐๐ก๐๐๐ก ๐ฆ๐ข๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ฅ๐๐ก
Semasa menulis nota, si anak juga mencatat soalan-soalan yang terlintas dalam fikirannya. Kemahiran ini penting kerana ia murid tidak mudah menyedari apa yang dia tidak tahu, belum tahu, hendak tahu. Soalan, adalah petanda terjadinya 'berfikir' semasa belajar. Ia antara 'permata yang hilang' dalam pembelajaran hari ini. Menulis nota dalam bentuk soalan-soalan adalah satu cara untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan reflektif.
๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐ก ๐๐ ๐๐ก ๐๐๐ก ๐จ๐ฆ๐๐๐
Sempat juga saya berleter menekankan bahawa kejayaan bukan hanya bergantung kepada usaha semata-mata, tetapi juga merupakan rezeki daripada Allah ๏ทป . Oleh itu, penting untuk menjaga amalan seperti solat dan berbuat baik kepada ibu bapa. Sifat bertanggungjawab dan peka dengan persekitaran juga adalah nilai yang penting untuk diterapkan dalam kehidupan seharian.
๐๐๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐จ๐๐๐ก
Keseluruhan pengalaman ini memberi kami pelajaran berharga yang boleh dikongsi dengan anak-anak lain. Kejayaan dalam peperiksaan tidak hanya diukur melalui markah, tetapi juga melalui pengajaran dan kebaikan yang terbit daripadanya. Barakah bermaksud kebaikan yang melimpah dan berganda. Tanda rezeki itu ada barakah, ialah apabila satu kebaikan melahirkan kebaikan-kebaikan yang lain.
Sisi bagusnya juga ialah benda-benda ini si anak teroka dan bina sendiri. Bukan ikut-ikut atau saya suruh. Namun sebagai pendidik yang pernah mengajar subjek study skills dahulu, kemahiran belajar berasaskan sains pembelajaran adalah benda yang sentiasa saya beri perhatian dan ambil berat. Ia ada asas kukuh dan boleh dilatih.
Mudah-mudahan, dengan berkongsi pengalaman ini, anak-anak lain dapat mengambil manfaat dan berjaya dalam pelajaran mereka.
Keputusan peperiksaan hanya untuk meneruskan perjalanan seterusnya dalam hidup. Ia tidak harus pergi berlebih-lebihan pada mendefinisi harga diri sesiapa.
Wallahualam.
#pendidikanjalanislah #hasrizalabduljamil #khalifahmethod #peperiksaan #pendidikan
No transcript available for this episode.