Loading...
Loading...

"Kaji selidik Jabatan Perangkaan mendapati kira-kira 390,000 atau 72.1 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak mahu menyambung pelajaran. Walaupun data tersebut adalah dari tahun 2019 tetapi trend tersebut dipercayai berterusan pada 2020 dan 2021." [Utusan Malaysia https://www.utusan.com.my/nasional/2022/07/72-1-lepasan-spm-tidak-sambung-belajar/]
Menyedihkan.
Tetapi tidak mengejutkan.
Sebelum pandemik lagi, hal ini sudah dikaji. Laporan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara ada menukilkan berkaitan disiplin murid:
"... 𝘓𝘢𝘱𝘰𝘳𝘢𝘯 𝘚𝘚𝘋𝘔 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯 2017 𝘮𝘦𝘯𝘶𝘯𝘫𝘶𝘬𝘬𝘢𝘯 1.4% (67,053) 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘦𝘭𝘢𝘫𝘢𝘳 𝘱𝘰𝘯𝘵𝘦𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘬𝘰𝘭𝘢𝘩. 𝘋𝘪 𝘴𝘢𝘮𝘱𝘪𝘯𝘨 𝘪𝘵𝘶, 𝘮𝘦𝘳𝘶𝘫𝘶𝘬 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘗𝘢𝘱𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘉.7, 𝘈𝘨𝘦𝘯𝘴𝘪 𝘈𝘯𝘵𝘪 𝘋𝘢𝘥𝘢𝘩 𝘒𝘦𝘣𝘢𝘯𝘨𝘴𝘢𝘢𝘯 (𝘈𝘋𝘋𝘒) 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘱𝘰𝘳𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘪𝘯𝘨𝘬𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘣𝘪𝘭𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘮𝘶𝘳𝘪𝘥 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵𝘪 𝘱𝘰𝘴𝘪𝘵𝘪𝘧 𝘶𝘫𝘪𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘥𝘢𝘩 𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳𝘢 2013 - 2016..."
Manakala yang berjaya menamatkan pengajian universiti pula:
"... 𝘎𝘳𝘢𝘥𝘶𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘮𝘢𝘴𝘵𝘢𝘵𝘶𝘵𝘪𝘯 𝘥𝘪 𝘯𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪-𝘯𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘸𝘪𝘭𝘢𝘺𝘢𝘩 𝘛𝘪𝘮𝘶𝘳 𝘴𝘦𝘳𝘵𝘢 𝘚𝘢𝘣𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘯 𝘚𝘢𝘳𝘢𝘸𝘢𝘬 𝘮𝘦𝘮𝘱𝘶𝘯𝘺𝘢𝘪 𝘬𝘢𝘥𝘢𝘳 𝘣𝘦𝘭𝘶𝘮 𝘣𝘦𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘣𝘢𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨 𝘸𝘪𝘭𝘢𝘺𝘢𝘩 𝘭𝘢𝘪𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘥𝘢𝘳 𝘮𝘦𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩𝘪 30%. 𝘗𝘦𝘯𝘦𝘮𝘶𝘢𝘯 𝘪𝘯𝘪 𝘮𝘦𝘳𝘶𝘱𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘴𝘶𝘢𝘵𝘶 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘪𝘮𝘣𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘯𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘥𝘪 𝘸𝘪𝘭𝘢𝘺𝘢𝘩 𝘪𝘯𝘪 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘳𝘮𝘪𝘴𝘬𝘪𝘯 𝘥𝘪 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘣𝘢𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘯𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘭𝘢𝘪𝘯. 𝘔𝘢𝘬𝘢 𝘨𝘳𝘢𝘥𝘶𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘸𝘪𝘭𝘢𝘺𝘢𝘩 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘦𝘣𝘶𝘵 𝘮𝘦𝘮𝘱𝘶𝘯𝘺𝘢𝘪 𝘵𝘢𝘯𝘨𝘨𝘶𝘯𝘨𝘫𝘢𝘸𝘢𝘣 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘣𝘦𝘴𝘢𝘳 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘪𝘯𝘨𝘬𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘳𝘢𝘧 𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱 𝘬𝘦𝘭𝘶𝘢𝘳𝘨𝘢 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢. 𝘕𝘢𝘮𝘶𝘯 𝘣𝘦𝘨𝘪𝘵𝘶, 𝘳𝘢𝘮𝘢𝘪 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘬𝘢𝘭𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘮𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘮𝘦𝘯𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘱𝘦𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘣𝘢𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘨𝘳𝘢𝘥𝘶𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘯𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘭𝘢𝘪𝘯. 𝘒𝘦𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬𝘴𝘦𝘪𝘮𝘣𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘪𝘯𝘪 𝘮𝘦𝘮𝘦𝘳𝘭𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘪𝘯𝘵𝘦𝘳𝘷𝘦𝘯𝘴𝘪 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘱𝘦𝘴𝘪𝘧𝘪𝘬 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘳𝘫𝘢𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘱𝘦𝘭𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪 𝘱𝘪𝘩𝘢𝘬 𝘥𝘢𝘯 𝘢𝘨𝘦𝘯𝘴𝘪 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘪𝘯 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘒𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵𝘦𝘳𝘪𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘯𝘥𝘪𝘥𝘪𝘬𝘢𝘯..."
Itu kisah sebelum pandemik. Kisah yang sudah mula menjelaskan bahawa sistem pendidikan kita sakit. Bukan tidak banyak wang yang dibelanjakan. Bukan tidak ramai guru yang berada di dalam perkhidmatan. Tetapi ada banyak benda yang tidak kena. Saling berkait. Merawatnya tidak boleh dengan menempel sana sedikit sini sedikit. Ia memerlukan 𝘢 𝘸𝘩𝘰𝘭𝘦 𝘴𝘺𝘴𝘵𝘦𝘮 𝘳𝘦𝘧𝘰𝘳𝘮. Pandemik tiba.
Seumpama datangnya tangan gatal bersama kunci, membuka kotak pandora dan memberanakkan satu demi satu masalah.
Apabila pandemik datang, ketidakadilan dan kasta dalam pendidikan mengeluarkan warnanya. Kelemahan infrastruktur serta infostruktur, melumpuhkan pembelajaran, ramai mula terkejut menyedari bahawa ramai murid ke sekolah kelaparan... kemudian viral kisah juruterbang pesawat kehilangan pekerjaan menjadi peniaga makanan, ijazah tidak menatijahkan pekerjaan, doktor tidak menerima pengesahan jawatan selepas bertahun-tahun bertugas, pendidikan tidak lagi berfungsi membantu mobiliti sosial dan mengeluarkan seseorang daripada kemiskinan. Malah pendidikan menjadi punca kemiskinan kerana habis sahaja belajar, kerja belum tentu, hutang sudah bertimbun.
Apa yang jelas, game streamers menjana pendapatan lumayan. Pewdiepie melalui Twitch Streaming beliau menjana pendapatan USD40 juta. Daddy Hood di tanahair pun tidak kurang hebatnya, bersama akademi Mobile Legends: Bang Bang dan PUBG Mobile.
Bagaimana kita mendepani cabaran ini?
Entah apa solusinya.
No transcript available for this episode.